Shisa lagi best or sekadar hisap rokok??
March 17th, 2010 by JiwaituSeni received 3 Comments »pelik.. tapi benda betul jadi.. heran tengok member kadang-kadang selalu lepak dekat kedai makan semata-mata nak berasapkan mulut dengan shisa. ada yang 2 atau 3 hari sekali sure akan kena benda shisa ni. bila di tegur akan keluar dari mulut ayat “shisa tak ada pa la.. rokok lagi bahaya” fakta atau auta? dua-dua sama bahaya. kesan dia mati juga dekat hujung-hujung jalan.
tapi adakah kita tahu kesan shisa ni boleh menyebabkan paru-paru berair? sebab yang disedut bukan sekadar hanya asap. tetapi.. asap ditambah dengan udara yang berair. aku ada tengok artikel ni.. so sama-sama kongsi.
dipeti dari : agenda daily
“Hookah” atau “Shisha” tidak selamat digunakan
Menghisap “hookah” atau turut dikenali dengan nama lain seperti shisha, water pipe, ghalyan, dan okka, akan membawa risiko kesihatan yang sama seperti merokok atau penggunaan produk tembakau yang lain.
Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Soi Lek berkata oleh sebab itu “hookah” bukanlah alternatif atau gantian kepada perbuatan menghisap rokok.
Katanya asap tembakau yang keluar dari balang air “hookah” sebenarnya mengandungi toksin yang boleh menyebabkan penyakit paru-paru, penyakit jantung dan penyakit merbahaya yang lain.
“Penggunaan “hookah” kini semakin popular dalam negara, terutama di kalangan golongan belia kawasan bandar, dan buat masa ini masih belum ada kajian berhubung penggunaan “hookah” di Malaysia.
“Bagaimanapun, secara amnya, “hookah” dihidangkan kepada pelanggan di gerai makan, restoran, hotel dan kelab tertentu di bandar besar,” katanya ketika menjawab soalan Loh Seng Kok (BN-Kelana Jaya) berhubung kesan kesihatan akibat penghisapan “shisha” dengan menggunakan “hookah” dan pemipit.
Bernama melaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan baru-baru ini menegaskan “hookah” adalah tidak selamat untuk digunakan dan boleh mengakibatkan risiko kesihatan yang khusus.
Chua berkata kajian juga mendapati bahawa pengguna “hookah” pada setiap satu masa biasanya akan menghisap asap tembakau dari alat ini dalam tempoh lebih lama berbanding menghisap sebatang rokok.
Beliau berkata menurut kajian itu juga, penghisap rokok akan menyedut lapan hingga 12 kali sedutan dalam masa lima hingga tujuh minit dengan 0.5 hingga 0.6 liter asap disedut.
Menurutnya penghisap “hookah” pula menyedut 50 hingga 200 kali sedutan dalam mas 20 hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 hingga satu liter asap akan disedut.
Dr Chua berkata bahan panas yang digunakan untuk membakar tembakau terdiri daripada bara kayu atau arang yang dilihat boleh meningkatkan risiko kesihatan kerana proses pembakaran menghasilkan bahan toksik tersendiri termasuk paras karbon monoksida yang tinggi, logam dan kimia yang boleh menyebabkan kanser.
Tambahnya, perbuatan berkongsi paip penyedut juga boleh membawa risiko jangkitan penyakit berjangkit termasuk “tuberculosis” dan hepatitis.
jadi! anda fikir lah sendiri! bkn niat aku nak potong rezeki orang yang buat bisnes shisa or something like that. tapi jarang-jarang ok kot.. kalau selalu.. bukan setakat REBAN! penyakit pun dapat..
Posted under: Side Story
Read About Me Here! Add Me at Facebook and Myspace if you want to know me.. :)









Wonderful blog! I genuinely love how it’s easy on my eyes and the details are well written. I am wondering how I could be notified whenever a new post has been made. I have subscribed to your rss feed which need to do the trick! Have a nice day!
I love this topic. We look forward to new comments on this topic to see your opinions.
Terrific work! This is the type of information that should be shared close to the internet. Shame on the search engines for not positioning this post higher!